Ulasan eBook Bangkit Selepas Bercerai
"Perempuan yang malang ialah perempuan yang tersalah memilih suami"
Bangkit selepas bercerai merupakan satu kisah kebangkitan seorang wanita selepas ditinggalkan suami. Ramai wanita takut diceraikan kerana ia taboo dalam masyarakat yang beranggapan wanita juga yang akan dipersalahkan lantaran sesuatu penceraian itu terjadi. Banyak wanita yang akan terkorban kerana terlalu mengejar cinta sedangkan wanita itu tahu kebahagiaan itu bukan milik mereka.
Ini kerana apa juga keputusan yang diambil oleh seorang wanita ibarat kita memotong sebelah kaki dan sebelah tangan. Sakitnya, malunya, penatnya, pilunya, sedihnya, hampanya, kecewanya sama aseperti kita kehilangan sebelah kaki dan sebelah tangan.
Perkahwinan itu sendiri satu "perjudian". Mengharapkan kebahagiaan sehingga ke syurga tetapi ombak badai melanda. Letakkan perancangan dan takdir Allah dalam hidup wanita yang telah bercerai.
Bangkit selepas bercerai juga berkongsi tentang pilihan yang ada dalam hidup selepas bercerai. Bercerai bukan pengakhiran segala-galanya. Buku ini juga berkongsi tips melupakan seseorang yang kita cintai dalam tempoh yang singkat. Berikan masa untuk diri sendiri untuk menjadi wanita yang lebih berani dalam membuat keputusan untuk diri sendiri.
Selain itu, ia turut berkongsi bagaimana hak kita dengan undang-undang Islam. Wanita yang diceraikan ada hak untuk bahagia dengan sokongan yang berterusan dari orang sekeliling.
No comments:
Post a Comment