Penulis dilahirkan pada 28 September 1981 di Hospital Besar Kuala Lumpur (sekarang lebih dikenali dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL)) tetapi telah dibesarkan di Johor Bahru kerana mengikut ibubapa yang berpindah bekerja di Universiti Teknologi Malaysia.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat (1987-1990) dan Sekolah Kebangsaan Sri Skudai (1991-1993). Seterusnya menyambung ke alam sekolah menengah di Sekolah Menengah Sri Skudai (1994-1998). Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis menyambung pelajaran di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang dalam bidang Sijil Ukur Tanah.
Selepas tamat pengajian, penulis telah ditawarkan pekerjaan sebagai Juruteknik Ukur di Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor (JUPEM). Pada tahun 2010-2011, penulis kemudiannya telah menyambung pelajaran secara jarak jauh di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dalam bidang Diploma Ukur Tanah.
Penulis dilahirkan bukan dalam latar belakang keluarga bisnes. Asalnya terjebak dalam bisnes adalah sekadar “suka-suka” hanya untuk menampung perbelanjaan harian. Tetapi mula serius pada tahun 2015 setelah bisnes semakin berkembang dengan menubuhkan ByKamilia.
Penulis telah berkecimpung dalam bisnes Ana Edar dan juga Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. sehingga sekarang. Menjadi stokis kepada dua-dua syarikat ini banyak mengajar Kak Ida dalam selok belok bisnes dan juga networking.
Penulis telah berkahwin dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata yang comel.
Dari segi minat dan kemahiran, penulis cenderung kepada sesuatu yang bersifat “perkongsian” yang dapat membantu ibu dalam menyusukan anak. Penulis juga merupakan Kaunselor Laktasi di facebook Dunia Laktasi.
Pada tahun 2014, konsep perkongsian penulisan Kak Ida telah banyak berubah kepada perkongsian untuk anak-anak yang istimewa. Ini kerana penulis telah dianugerahkan dua orang anak istimewa iaitu ADHD dan Autisme. Penulis ingin membantu dalam memberi kesedaran terutama ibubapa yang mempunyai anak yang istimewa supaya tidak rasa keseorangan dalam menguruskan anak-anak syurga ini.

Selain itu, penulis juga terlibat aktif dalam homeschooling.
Genre penulisan yang penulis minat adalah berunsurkan motivasi, bisnes, perkembangan anak-anak, agama, pelaburan dan novel.
Untuk berinteraksi atau mengikut perkembangan penulis berkaitan ByKamilia, kesihatan dan perkembangan anak-anak, boleh layari
Blog: idakamiliamudzakir.blogspot.my
FB Personal : Ida Kamilia Mudzakir
FB Page : ByKamilia

No comments:
Post a Comment